MENDOMINASI RUANG SIBER DEMI PERJUANGAN BANGSA

Tuesday 19 March 2013

PKR MAHU TANDING KERUSI PARLIMEN PARIT BUNTAR @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own @Muaamarghadafi

Selepas meminta supaya PKR kekal bertanding di Bagan Serai kini pengikut parti tersebut meminta agar PKR juga bertanding di Parit Buntar.

Ini berikutan kata mereka, PAS di Parit Buntar tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parlimen sepertimana yang dikehendaki oleh mereka.

Wakil rakyat ke Parlimen kawasan Parit Buntar kini disandang oleh Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa PAS pusat dikatakan tidak turun padang meninjau permasalahan penduduk.

Ahli serta pengikut PKR juga agak kurang senang dengan pendekatan yang dilakukan oleh Mujahid yang dilihat lebih kepada ahli PAS semata mata sedangkan mereka yang juga pernah memberikan undi untuk kemenangan beliau tidak begitu diendahkan.

Mereka ini telah mengambil keputusan sepertimana yang dilakukan oleh pengikut PAS Bagan Serai yang akan mencalonkan calon daripada PKR apabila parlimen dibubarkan nanti.

Tidak dinafikan sekiranya ahli PKR ini mengatakan bahawa ahli parlimen PAS kawasan Parit Buntar tidak menjalankan tanggunjawab beliau sebagai wakil rakyat.

Kerana menurut kata penduduk di sekitar Parit Buntar, kediaman ahli parlimen ini juga tidak ada di kawasan tersebut dan ini menyukarkan mereka untuk mengadu nasib.

Jika terjumpa atau pergi bertemu dengan pegawai ahli parlimen ini pula, ianya seolah olah tidak memberi apa apa kesan dan mereka (rakyat) beranggapan segala aduan mereka selama ini tidak sampai ke pengetahuan ahli parlimen.

Ini menurut mereka berbeza dengan apa yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional kawasan Parit Buntar, yang mana segala permasaalahan akan selesai sekiranya perkara tersebut diberitahu.

Semua jentera berganding bahu dalam membantu rakyat tidak kira dari peringkat cawangan, bahagian, negeri mahupun pusat.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...