MENDOMINASI RUANG SIBER DEMI PERJUANGAN BANGSA

Friday, 29 March 2013

BIDAS KOH BUKTI GUAN ENG RASIS

Kalau dah ada sifat perkauman tu memang perkauman juga, tak semestinya menyokong itu tanda menghasut, tetapi kalau faktanya sudah begitu ianya tetap akan jadi begitu.

Guan Eng membidas Tan Sri Koh Tsu Koon kerana dikatakan menyokong tayangan filem Tanda Putra yang disifatkan sebagai perkauman oleh Guan Eng.

Itu bererti Guan Eng yang bersifat rasis kerana filem tersebut bukanlah di buat untuk mewujudkan sifat perkauman antar rakyat tetapi memberi kesedaran dan peringatan kepada rakyat tentang apa yang terjadi dalam sejarah negara.

Kenapa pula Guan Eng mengatakan Koh sebagai rasis? Kerana DAP terlibat sama? Atau filem tersebut ada mirip mirip apa yang DAP lakukan semasa kejadian 13 Mei?

Guan Eng memang tidak matang, kerana filem tersebut beliau mengatakan bahawa Koh sebagai rasis tetapi segala yang mereka katakan dan lakukan tidak dianggap sebagai perkauman.

Banyak yang dilakukan oleh Guan Eng bersifat rasis sebagai contoh, isu kalimah Allah itu juga boleh dikatakan sebagai perkauman kerana ianya melibatkan agama Islam.

Jadi siapa yang rasis sebenarnya disini?

Koh menyokong tayangan tersebut kerana mungkin berpendapat ianya perlu didedahkan dan bukan sahaja untuk tontonan orang Melayu tetapi juga untuk tontonan orang bukan Melayu kerana ianya bersangkutan dengan sejarah yang melanda negara satu ketika dulu.

Follow my twitter acc
@sAngkAkAla78

Written up by Sangkakalajari9




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...