MENDOMINASI RUANG SIBER DEMI PERJUANGAN BANGSA

Wednesday 13 March 2013

PARIT BUNTAR DISERBU OLEH RELA @ZambryAbdKadir @azwanbro @TunFaisal @mohd_khariri

Ramai sungguh anggota RELA di Dewan Ramli Ngah Talib pada mala ini didalam program RELA Bersama Pemimpin.

Program yang dimulakan dengan makan malam turut disertai oleh Pengarah RELA negeri Perak Brigadier Jeneral (RELA), Mohd Khairi bin Abu Hasan, Penyelaras DUN Titi Serong, En Abu Bakar bin Mat Ali.

Hampir 400 orang anggota RELA hadir dalam program ini memenuhi Dewan.

Dalam ucapan aluan, Brig. Jen. Khariri telah mengingatkan kepada semua anggota supaya mengingati ikrar yang dilafazkan sebelum ucapan beliau tadi.

Beliau juga mengatakan bahawa kewujudan RELA adalah untuk membantu kerajaan dalam menjaga keselamatan.

RELA juga ada menghantar unit bantuan bagi membantu anggota keselamatan yang lain di Sabah.

RELA juga adalah benteng pertahanan ketiga negara, mata dan telinga kerajaan beliau menyatakan bahawa anggota RELA perlu melaporkan setiap kejadian yang mencurigakan kepada anggota polis atau pihak keselamatan yang lain.

Beliau juga menyeru kepada semua anak anak muda untuk menyertai RELA demi menjaga keselamatan negara, kerana ia kemungkinan berguna sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku di dalam negara.

Dalam ucapan perasmian oleh penyelaras Dun Titi Serong, En. Abu Bakar bin Mat Ali mengatakan bahawa keamanan dan kesejahteraan negara mengikut kepada komitmen rakyat.

Kerajaan menubuhkan RELA untuk bersama sama dalam membantu menjaga keselamatan negara.

Jika berlaku perkara yang tidak diingini maka anggota RELA ini tidak kurang keperluannya seperti anggota keselamatan yang lain.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan sudi menjemput beliau untuk program RELA Bersama Rakyat pada malam ini.
Penyampaian sijil penghargaan, penyerahan pakaian dan pangkat juga diadakan pada malam ini dan salah seorang yang menerima penghargaan ialah Zamir Asraf bin Ahmad Shafie anggota RELA Taman Kerian, yang telah berjaya memberkas seorang penjenayah dalam kes ragut yang berlaku semalam, salah seorang penerima pangkat pula ialah anggota dari Unit Media RELA, Cik Azizah.

Tahniah diucapkan kepada semua yang mendapat sijil, pakaian serta pangkat pada malam ini.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...