MENDOMINASI RUANG SIBER DEMI PERJUANGAN BANGSA

Sunday 10 March 2013

MAJLIS PERASMIAN UMB PERAK


Pagi ini telah berlangsung majlis perasmian Kursus Simulasi Jentera Siber Pemuda Barisan Nasional Perak.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada saudara Rasyid Zamri.

Dalam ucapan aluan Pengerusi Unit Media Baru negeri Perak, saudara Khairul Anuar mengatakan dengan perasmian majlis pada pagi ini maka Unit Media Baru Perak telah termeterai.

Beliau mengatakan bahawa, ini adalah para pejuang siber yang ikhlas untuk berjuang di alam maya bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Ucapan Pengerusi Unit Media Baru Pergerak Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail pula mengatakan bahawa tidak ramai yang tahu betapa pentingnya unit media baru didalam kita menongkah arus politik.

Beliau juga mengatakan bahawa fasilitator yang dihantar untuk memberi serta berkongsi maklumat adalah dikalangan blogger blogger ternama.

Belaiu berkata lagi bahawa beliau percaya bahawa pergerakan Pemuda UMNO dan BN Perak akan mengadakan bilik gerakan untuk siber trooper.

Beliau juga meminta agar semua yang hadir agar terus belajar dari mereka yang lebih berpengelaman.

Ucapan perasmian dari pada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak, saudara Khairul Azwan pula mengatakan bahawa ini adalah satu inisiatif yang baik dan tidak bermakna kelewatan menubuhkan UMB Perak, maka UMB Perak tidak mampu untuk mengegarkan persada maya dalam negeri ini.

Ini juga merupakan sesuatu yang baru bagi UMNO dan BN Perak walaupun sebelum ini UMB Perak pernah ditubuhkan, tetapi ini adalah yang terbaik dan melepasi sasaran kehadiran.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim, beliau merasmikan Kursus Simulasi Jentera Siber Pemuda Barisan Nasional Perak.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...