MENDOMINASI RUANG SIBER DEMI PERJUANGAN BANGSA

Sunday 17 March 2013

PAS DALAM KEADAAN TERDESAK FITNAH JADI MAINAN @ZambryAbdKadir @tunfaisal @hairul_own

Sangkakala terbaca dalam blog Redah Kasi Pecah yang mengatakan bahawa beliau (blogger) telah pergi ke satu ceramah yang diadakan oleh PAS atau lebih tepat Pemuda PAS.

Penulis laman blog tersebut telah mengatakan bahawa Ketua Pemuda PAS negeri telah mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO mengadakan konsert bogel diseluruh negara bagi mengutip tabung Lahad Datu.

Dan satu lagi berkisar dengan kenaikan minyak petrol RON 97 sebanyak 20 sen.

Apa yang Sangkakala nak katakan disini ialah, si penceramah ini secara terang terangan menipu para pendengar yang dikatakan berjumlah lebih kurang 20 ke 30 orang.

Si penceramah mengatakan bahawa UMNO mengadakan konsert bogel, persoalannya adakah bukti perkara tersebut terjadi? Dimana ianya terjadi? Dan bila ianya terjadi?

Perkara ini perlu dijawab oleh sipenceramah kerana beliau sendiri duduk sebagai pemimpin pemuda PAS yang dikatakan menegakkan Islam.

Tak tau le pulak kalau semenjak bersama sama DAP dan PKR mereka sudah lari dari tajuk asal kewujudan mereka didalam gelanggang politik tanah air hingga menjadikan fitnah sebagai senjata semata mata mahu mencapai matlamat dengan kata lain, Matlamat Menghalalkan Cara.

Satu lagi tentang minyak RON97 yang dinaikkan harga sebanyak RM 0.20, ini juga menjadi persoalan dalam kepala Sangkakala, adakah pemimpin pemuda ini menggunakan kereta Ferrary atau Lamborghni atau yang setaraf dengannya.

Kalau setakat pakai WAJA atau kenderaan kelas pertengahan, tak payah nak sembang le pasal kenaikan harga minyak, sebab minyak yang naik tu biasanya digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi atau high performance vehicle yang perlu menggunakan minyak sebegitu.

Lagi satu yang Sangkakala nak bagi tau, kalau dah mereka mereka ini mampu untuk membeli kenderaan mewah sebegitu dengan harga mencecah ratusan malah jutaan ringgit, takkan mereka tidak mampu untuk membeli minyak dan minyak tersebut masih lagi diberi subsidi oleh kerajaan.

Itulah pemimpin PAS, tidak kira pemuda, wanita, serikandi atau apa juga sekalipun, mereka semuanya sama, mempunyai akal yang agak kurang bijak atau tidak bijak, malah bercakap mengikut sesedap mulut tanpa memikirkan yang berada dihadapan mereka itu, kadang kadang adalah orang yang terpelajar dan lebih bijak dari mereka, dan yang berada dihadapan itu juga mampu untuk berfikir yang mana betul atau yang mana tidak.

Terima kasih kepada RKP yang mendedahkan cerita ini didalam blog beliau..ikuti link dibawah

http://bit.ly/16CcFfG



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...