MENDOMINASI RUANG SIBER DEMI PERJUANGAN BANGSA

Sunday, 24 March 2013

Kiram Jangan Lupa, Komando Kita Pernah TAMPAL SETEM Di Peluru Berpandu Singapura!!!...

Nak tergelak pun ada bila Sultan Jamalul Kiram punyalah takut bila syiling 50 sen kita (versi terbaru) tiba-tiba boleh sampai kepadanya yang kini berada di Manila, Filipina.

Pada yang tak tahu mengenai kes itu, kami ulang kembali insiden itu.

Baru-baru ini seorang budak lelaki dekat rumah Jamalul Kiram telah menunjukan wang syiling 50sen Malaysia kepadanya.

Menurut budak lelaki itu, seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam memberikan syiling itu padanya.

Lelaki yang tidak dikenali itu juga mengambil gambar rumah Kiram dari jarak dekat.

Kiram punyalah takut sebab katanya, itu membuktikan ada ejen khas atau komando kita telah bersedia hendak membunuhnya.

Satu hal pulak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi terpaksa menafikan perkara tersebut.

"Saya minta Jamalul Kiram janganlah khuatir, kita tidak akan menceroboh masuk ke Filipina dan tidak sejahat beliau untuk melakukan pembunuhan di negara orang.

"Janganlah lakukan "reverse psychology" hanya untuk mendapat simpati daripada penyokong-penyokongnya," kata Zahid.

Begini sajalah.

Mynewshub.my ingin beritahu di sini, kalaupun benar komando kita berjaya 'menyeludup masuk' hingga ke rumah Kiram di Manila tu, ia boleh dianggap benda yang 'kecil' sahaja.

Bahasa mudahnya – celah gigi!

Kalau Kiram tak tahu, ingin dinyatakan di sini, komando ATM kita sebenarnya pernah buat kerja 'lebih gila' dari itu.

Penulis terkenal MGG Pillai pernah menulis artikel berikut;

" Malaysia has quietly shown Singapore over how weak her security is. She has slapped the Singapore armed forces in ways that caused it to come unstuck.

" The most dramatic was when its commandos invaded its high security air missiles base in Bukit Batok overlooking the Straits of Johore and pasted Malaysian stamps on the missiles and replaced the Singapore flag on the commanding officer's table with the Malaysian flag.

" Several Singapore officers resigned or were reassigned or demoted. The major who carried it out, who is known by his nickame, Sam, is still around and in the business.

Terjemahannya lebih kurang begini.

Komando Malaysia pernah berjaya menceroboh pengkalan peluru berpandu tentera Singapura yang dikawal ketat di Bukit Batok tidak lama dulu.

Anggota-anggota komando ini bukan saja berjaya menyeludup masuk, tetapi pada masa yang sama telah menampal SETEM MALAYSIA di badan peluru tersebut.

Lebih lawak lagi, mereka telah menggantikan bendera republik itu yang terletak di atas meja pegawai pemerintahnya dengan bendera Malaysia.

Disebabkan kejadian itu, beberapa orang pegawai tentera mereka terpaksa berhenti kerja dan ada yang ditugaskan ke tempat lain.

Pegawai komando kita berpangkat Mejar (yang melakukan tugas tersebut) yang dikenali dengan nama sama samarannya Sam, masih lagi ada dan bertugas seperti biasa ketika ini.

Kesimpulannya kalau setakat nak hantar duit syiling 50 sen pada Sultan Kiram itu rasanya bukanlah satu kerja yang sukar bagi para anggota komando kita.

Sebelum terlupa, kami di Mynewshub.my ingin nak ingatkan Sultan Jamalul Kiram…ada anggota komando kita turut fasih berbahasa Filipina.

Ini yang kami petik dari artikel tulisan seorang bekas pegawai komando kita yang telah bersara dalam blognya http://excdo.blogspot.com

Menurut beliau, dalam salah satu pameran ketenteraan, salah seorang anggota komando kita telah bercakap dalam bahasa Tagalog dengan seorang Jeneral.

Kata anggota itu;

" Commando Good Morning Dato, Ang pangalan ko ay coporal Sutimin bin Mageran, may edad na 28, am i mula sa Muar Johor. Ang aking specialty ay Ako ay isang mamamaril na nakatago. Maaari kong magsalita ng tagalog, ingles at basura …."

Atas kesemua faktor di atas, rasanya memang patut sangatlah kalau Sultan Jamalul Kiram tak tidur lena sekarang, hehehe -Mynewshub.my
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. "Menurut beliau, dalam salah satu pameran ketenteraan, salah seorang anggota komando kita telah bercakap dalam bahasa Tagalog dengan seorang Jeneral." Ini memang tak mustahil; sebab sangat ramai puak2 Kiram ni ada di Sabah, malah ada yang dah jadi menteri. Kalau dalam perkhidmatan awam tu jangan cakap lagi lah. Mereka tu sebenarnya belaan dan peliharaan UMNO demi mkencapai hajat menumbangkan kerajaan PBS suatu masa dahulu. Mengenai insiden "tampal stem" saya rasa itu semua "BULLSHIT".

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...