MENDOMINASI RUANG SIBER DEMI PERJUANGAN BANGSA

Thursday 30 May 2013

Betul Ker @ZambryAbdKadir Bawak Staff Melancong Ke Singapura????...

Betul ker citer yang KN dengar ni pasal MB Perak yang baru dilantik semula selepas PRU13, DS Zambry Abd Kadir membawa staff Pejabat Menteri Besar Perak pegi melancong ke Singapura????

KN tak berani nak mengesahkan kesahihan dan kebenaran khabar-khabar angin yang mula bertiup kencang di facebook-facebook cybertrooper so-called Pro-BN berkaitan dengan isu melancong kat Singapura nie.

Dan KN pun ada terbaca dari sumber blog Sangkakalajari9 yang juga mempersoalkan dan menjelaskan kebenaran isu ini.

Sila rujuk http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/05/zambryabdkadir-ke-singapura-buat-apa.html?m=1

Jadi kepada mereka yang berada di luar sana yang tahu cerita sebenar berkenaan isu melancong ke Singapura ni agar boleh berkongsi dengan pembaca lain.

p/s : gua nak kata betul pun tak... Nak kata salah pun tak... selagi gua tak dapat citer yang sebenarnya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 24 May 2013

HOT! @n_izzah DITANGKAP POLIS! BLOG PEMBANGKANG TABUR FITNAH? @AnwarIbrahim

Blog pro-pembangkang sudah ada senarai baru ahli-ahli politik Pakatan Pembangkang yang 'menarik perhatian pihak polis'!

Kita tahu, Tian Chua yang sebelum ini dikutuk hebat kerana keceluparan mulut isu Lahad Datu, Adam Adli, seorang lain budak hingusan mulut celupar dan 2 orang ahli politik yang lain telah ditahan pihak polis.

Di antara laporan blog tersebut :
Menurut satu sumber antara yang menjadi buruan polis kerna merencanakan Perhimpunan "SuaraRakyat505" yang dijadualkan pada 26hb Mei 2013 ini ialah pengasas Solidiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenal sebagai CheguBard. Sumber yang sama mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 5 individu lain yang turut menarik perhatian pihak polis.
 
1. Badrul Hisham Shaharin, SAMM
2. Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai
3. Hishamuddin Rais, blogger Tukar Tuib
4. Dr. Dzulkefly Ahmad, mantan ahli parlimen Kuala Selangor
5. Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS   

'Hebat' blog pembangkang ini, lebih tahu daripada pihak polis itu sendiri! Kita tunggu dan lihat.

Apa pun, rakyat Malaysia sudah bosan dengan politiking tidak habis-habis Pakatan Pembangkang dan juga anasir-anasir yang sengaja mahu memporak-perandakan kesejahteraan kita semua.

Sumber:Mim




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 12 May 2013

Kampung Gajah kena serang kumpulan BUKAN Blackout 505 c.c @ZambryAbdKadir @Azwanbro

Kampung Gajah kini diserang kira-kira 5000 orang terdiri dari Jentera Pemuda Barisan Nasional Pasir Salak, Ahli Jawatankuasa Barisan Nasional Pasir Salak dan semua penyokong Barisan Nasional terutama di Kampung Gajah ini.

Himpunan ini bukan himpunan membantah Pilihanraya yang baru berlalu, tetapi ianya satu Himpunan Kesyukuran Anak Muda Pasir Salak. Majlis berlangsung di Medan Selera Kampung Gajah.

Anak muda Kampung Gajah membantah Himpunan Blackout 505. Menurut Ketua Pemuda UMNO Pasir Salak merangkap Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak Sdr Khairul Azwan Harun, demontrasi yang dilakukan oleh pembangkang di Ipoh malam ini kerana tidak berpuashati atas kekalahan mereka. Perbuatan pembangkang ini adalah satu perbuatan yang agak keterlaluan dan ianya menyalahi undang-undang. Rakyat Kampung Gajah dan seluruh Pasir Salak sentiasa menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar perak.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Tn Hj Abdullah Fauzi dan YB Dato' Zainol.

Black amat teruja dengan semangat yang ditunjukan oleh rakyat disini. Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana memberi kemenangan kepada BN di bumi Pasir Salak, bumi Negeri Perak dan Bumi Malaysia.

Black Panther


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 11 May 2013

Jom ke Himpunan Kesyukuran Pemuda Pasir Salak c.c @Azwanbro @tajuddinrahman

Himpunan Kesyukuran Pemuda BN Pasir Salak. Tarikh : 12 Mei 2013 / Jam: 8.30 mlm. Tempat: Medan selera Kg Gajah. Artis: Aris Ariwatan & Kristal. Semua penyokong dan pengundi Barisan Nasional adalah dijemput hadir ke majlis ini.

Black Panther
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 8 May 2013

DS Azizan bekas MB Kedah meninggal Dunia??? @Hairul_own @Shahril_yahaya

Black mendapat info seorang sahabat dari Kedah menyatakan DS Azizan bekas MB Kedah meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pg tadi.. Black tak tahu cerita ini benar atau tidak.. Tapi sekiranya benar, pilihanraya kecil akan berlaku dalam masa terdekat iaitu untuk mengisi kekosongan 1 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen...

Black Panther
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 6 May 2013

RUMUSAN PILIHANRAYA KE-13

Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

HAK MALAYSIA: Rumusan



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...