MENDOMINASI RUANG SIBER DEMI PERJUANGAN BANGSA

Thursday 14 March 2013

@mbnizar BELI C4 NAK BUAT APA ??? @ZambryAbdKadir @azwanbro @TunFaisal @hairul_own

Dalam ceramah yang diadakan di Jalan Banjar Bagan Serai semalam, bekas menteri besar Perak yang lebih dikenali dengan nama Nizar Lambai telah mengatakan bahawa sebiji bom c4 berharga RM 5juta.

Wow mahal betul harga C4 tu kan? Sedangkan dalam blog suara pakatan rakyat kata bom yang digugurkan oleh pesawat pejuang di Lahad Datu berharga RM 2 juta, maknanya harga C4 kalau 2 biji boleh beli 5 biji bom yang digugurkan di Lahad Datu baru baru ini.

Hebat penipuan si Nizar bukan?

Kalau orang yang tak buka blog atau tak membaca boleh le cakap ye tak?

Lagi satu persoalannya, bila si Nizar ni beli bom tersebut (C4) atau dia ni saja nak 'bom' pendengar bohongan beliau semata mata?

Nizar Jamaluddin memang terkenal dengan pembohongan demi pembohongan yang beliau selalu ucapkan.

Bukan sahaja tentang bom, malah isu negara Islam juga beliau telah berbohong, seperti didalam sidang DUN yang mana apabila ditanya oleh mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajul Rosli tentang negara Islam, beliau dengan tanpa ragu ragu berkata "didalam transkrip mana PAS akan mewujudkan negara Islam".

Disitu juga telah ternyata bahawa Nizar Jamaluddin telah berbohong kepada rakyat khususnya pengikut PAS di negeri Perak tentang negara Islam yang dicanangkan oleh PAS pada satu masa dulu.

Begitu juga dengan isu ancak, beliau menuduh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir melakukan perkara tahyul dengan menggunakan ancak, tetapi setelah ditanya bagaimana rupa ancak, beliau mengatakan ianya adalah dalam bekas berupa anyaman, setelah ditanya sekali lagi, adakah Menteri Besar menggunakan bekas anyaman, beliau mengatakan bahawa ianya adalah talam besar.

Nampak tak pembohongan yang dilakukan oleh kaum kerabat Ngeh Koo Ham ini?

Semua benda nak dibohong oleh beliau, tidak kira apa benda sekalipun.

Yang lebih malang lagi, beliau adalah seorang jurutera, takkan bab harga C4 ni beliau tergamak untuk mengatakan harganya sampai sebegitu.

Atau pun, si Nizar Lambai memang pernah beli C4 sampai dia tau harga C4 ni berapa sebiji.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

  1. Tuan punya blog, kalau boleh minta di buatkan satu blog perihal harga bahan letupan ini semoga pembaca tidak tertipu dengan dayah pembangkang:

    Bom yg digugurkan dari jet-jet pejuang adalah seperti yang kita tahu mempunyai keberatan 500lb. Disini saya senaraikan harga bom-bom yang berkemungkinan digunapakai dalam serangan keatas pengganas Sulu ini:

    Mk 82 = USD 269.00 /butir (RM 833.90)
    GBU-12 Paveway II = USD 19,000/butir (RM 58,900.00)
    JDAM = USD 25,000/butir (RM 77,500.00)

    Mana kala untuk C4 harganya bergantung kepada berapa banyak yang digunakan. USD 11.00 - 25.00 (RM 34.10 - 77.50) bagi 1 pound tidak termasuk alat peledak. Untuk pengetahuan pembaca, setengah pound C4 mampu membunuh beberapa orang yang berhampiran manakala 1.25 pound C4 boleh memusnahkan sebuah trak.

    Harga yang disenaraikan adalah mengikut harga pasaran pada tahun 2000 dan pertukaran matawang pada kadar 3.1

    Terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...