TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com
Majoriti rakyat di Manjung mengucapkan ribuan terima kasih kepada MB Perak serta kerajaan kerana prihatin tentang keperluan dan kehendak rakyat perak dengan mewujudkan Pasar Komuniti dan karavan (PAKAR) yang beroperasi 24 jam sehari di daerah Manjung,Perak sejak 3 bulan lepas dan menjadi yang pertama dalam Malaysia.
PAKAR berkenaan berupaya menempatkan usahawan tani yang mampu beroperasi pada sebelah pagi,petang dan malam.
Apa yang menjadikan PAKAR ini daya tarikan kerana boleh beroperasi 24 jam sehari.
Kewujudan PAKAR juga mendorong usahawan-usahawan tani untuk tampil mengetengahkan produk asas tani masing-masing selain membuahkan hasil yang lumayan serta produk asas tani yang berkualiti.
MB Perak Zambry Abd Kadir hadir merasmikan pelancaran PAKAR di Manjung kelmarin.
MB Perak juga sempat beramah mesra dengan salah seorang peniaga selepas merasmikan majlis tersebut.
TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment