MENDOMINASI RUANG SIBER DEMI PERJUANGAN BANGSA

Sunday, 17 March 2013

PAS KELANTAN GUNAKAN PBT UNTUK POLITIK @NajibRazak @tunfaisal

PAS di Kelantan secara terang terangan menggunakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menjalankan agenda politik mereka.

Gambar diatas jelas menunjukkan bahawa kerajaan Kelantan seolah olah tidak bertanggungjawab untuk melaksanakan atau menyebarkan adeologi politik mereka kepada rakyat dengan menggunakan PBT dan disampaikan kepada rakyat.

Satu surat pekeliling telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu yang akan mengedarkan CD yang mengandungi ceramah ceramah PAS untuk di pasang di setiap pasaraya.

Dalam surat pekeliling tersebut juga jelas memperkatakan sekiranya para pengundi atau rakyat atau sesiapa sahaja yang menyokong PAS, maka mereka akan masuk ke Syurga.

Begitu juga dikalangan bukan Islam, mereka juga akan mendapat manafaat yang sama sekiranya mereka menyokong PAS.

Amaran juga dikeluarkan bagi mana mana pihak yang gagal melaksanakan apa yang dikehendaki oleh PAS di Kelantan.

Apakah kerajaan Kelantan begitu terdesak hingga sanggup menggunakan PBT ini demi kepentingan politik, apa yang Sangkakala tahu ialah PBT di setiap negeri adalah untuk menjalankan kerja kerja pentadbiran dan pengurusan sesebuah kawasan.

PAS pula mengambil kesempatan dengan menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk menyebarkan ceramah ceramah PAS.

Inilah yang akan terjadi sekiranya sesebuah negeri tersebut berada di bawah pemerintahan pembangkang, mereka akan menggunakan apa juga kaedah demi untuk memenangi pilihanraya tanpa mengira apa fungsi jabatan atau PBT dikawasan.

Perkara sebegini jika digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional atau UMNO, ianya sudah pasti akan menjadi bahan hangat untuk diperdebatkan di dalam Sdiang DUN atau Parlimen, tetapi bagi pembangkang semua itu tidak mengapa dan dibolehkan.

Matlamat menghalalkan cara, itulah yang selalu dipergunakan oleh pembangkang dalam setiap hal atau agenda yang mereka lakukan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...