MENDOMINASI RUANG SIBER DEMI PERJUANGAN BANGSA

Monday, 18 March 2013

KIT SIANG BERTANDING DILUAR GELANGGANG @NajibRazak @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang sebagai calon Pakatan Rakyat untuk kerusi parlimen Gelang Patah.

Beliau membuat pengumuman itu dalam majlis sambutan ulangtahun ke-47 DAP di Skudai menjelang jam 9.30 malam ini.

Pemimpin MCA Tan Ah Eng memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008.

Masalahnya kenapa di Gelang Patah Johor dan tidak di Melaka?

Bukankah beliau dulu bertanding di Melaka?

Tapi tidak disalahkan juga, kalau Kit Siang bertanding di Melaka maka kekalahan sudah pasti berada di ambang pintu tunggu masa untuk memberi salam dan terus masuk.

Begitu juga dengan Guan Eng, kalau bertanding di Melaka maka seluruh Melaka akan memberikan beliau tamparan hebat kerana kedua dua anak beranak itu pernah dikatakan membawa lari sejumlah wang yang didermakan oleh orang ramai untuk membela nasib di Bukit Cina.

Itu sebab kedua dua pemimpin berkenaan cuma hebat di luar gelanggang tetapi tidak di gelanggang sendiri.

Jadi kepada mereka yang memilih musang musang ini lebih baik berhenti dari berbuat begitu kerana silap hari bulan tempat atau kawasan anda pula akan menerima nasib yang sama.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...