MENDOMINASI RUANG SIBER DEMI PERJUANGAN BANGSA

Thursday 14 March 2013

INGKAR ARAHAN POLIS BUKTI PR TAK IKUT UNDANG UNDANG @TunFaisal

Pagi ini sepasukan anggota polis seramai lapan orang pergi menemui Tian Chua semasa beliau sedang minum bersama sama tiga orang peguam beliau.

Tujuan anggota polis berkenaan pergi berjumpa adalah bertujuan untuk mengiringi Tian Chua ke bilik tahanan sementara polis sebelum perbicaraan dijalankan.

Namun tindakan polis tersebut telah mendapat tentangan daripada peguam Tian Chua, Latheefa Koya, N Surendran dan Eric Paulsen yang membantah permintaan itu.

Sebagai peguam yang bertauliah dan diiktiraf sebagai golongan profesional, tindakan menghalang pegawai polis menjalankan tugas dilihat amat memalukan tambahan pula, beberapa orang pengikut Tian Chua memaki hamun pegawai polis berkenaan.

Inilah perkara yang selalu terjadi apabila pihak pembangkang diheret ke mahkamah setelah mereka melakukan kesilapan.

Perkara berhimpun seperti ini kerap kali berlaku dan mereka semua seolah olah mengiyakan kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin mereka.

Jika kepimpinan seperti ini yang kita pilih untuk mentadbir negara, maka lebih banyak keburukan yang akan terjadi.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...