MENDOMINASI RUANG SIBER DEMI PERJUANGAN BANGSA

Wednesday, 10 July 2013

Biar Betul!!! Siapa Kata GASTRIK Tak Boleh Berpuasa???

GASTRIK selalu digunakan sebagai alasan utama untuk meninggalkan puasa. Namun, tahukah anda gastrik sebenarnya bukan penyakit tetapi gangguan dalam perut, terutama apabila bahagian perut atas (berhampiran hulu hati) berasa sakit dan tidak selesa.

Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, di bawah rusuk. Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang bagi menampung satu gelen makanan dan minuman.

Sewaktu perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang serta dalam perut jugalah makanan diproses selain disimpan sebelum dibuang melalui usus.

Pakar Perunding Surgeri Am Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Peh Kiam Heng, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu. Ia berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.

"Jika radang ini dibiarkan tanpa rawatan, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan ulser. Sesetengah ubat, jika diambil dalam tempoh lama, juga boleh menyebabkan radang perut, khususnya ubat tahan sakit atau antiperadangan bukan steroid (NSAIDs) seperti aspirin, ibuprofen dan naprofen.

"Bagaimanapun, kesan ubat ini berbeza antara individu kerana bagi yang sensitif, satu pil boleh menyebabkan sakit perut, malah kemujarabannya terjejas seandainya mengambil alkohol berlebihan atau mengambil dadah (kokain) yang mengganggu proses penghasilan mukus bikarbonat, menyebabkan dinding perut terdedah pada tindakan asid hidroklorik,' katanya.

Berikut beberapa langkah untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik.

Elak pengambilan makanan pedas dan masam

Makan secara bijak. Jika kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan dengan makan lebih kerap tetapi dalam kuantiti sedikit

Elak makanan yang merengsa perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak

Kurangkan minuman beralkohol

Berhenti merokok

Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan

Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan

Kekalkan berat badan seimbang. Ia membantu mengawal dan mengelak simptom gastrik

Banyakkan bersenam

Belajar mengendalikan tekanan


Gejala gastrik

Hilang berat badan

Tiada selera makan

Muntah

Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan

Bahagian atas perut terasa 'penuh' dan senak selepas makan sedikit

Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol

Mual

Pedih hulu hati
Kesimpulan

Gastrik tidak bermakna tidak boleh berpuasa. Malah, berpuasa (atau mengosongkan perut) adalah baik untuk kesihatan. Pesakit gastrik dinasihatkan mengambil ubat setiap hari, sama ada selepas berbuka atau sewaktu bersahur.

Justeru, dengan pengambilan ubat, pesakit boleh menjalankan ibadat puasa tanpa masalah. Namun jika terlupa mengambil ubat, ibadat puasa masih boleh diteruskan dan ia tidak mendatangkan kemudaratan.

Pesakit juga tidak sepatutnya menderita disebabkan gastrik kerana ia mudah diatasi, dengan syarat pesakit didiagnos dengan betul dan mendapat rawatan sewajarnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...