MENDOMINASI RUANG SIBER DEMI PERJUANGAN BANGSA

Friday, 18 October 2013

PANAS!!!SARAVANAN LANCAR PERANG DENGAN UMAT ISLAM???

Menurut sumber,

Di Facebook kini mula tersebar rakaman panggilan telefon seorang lelaki bernama Saravanan yang mendakwa membuat panggilan dari luar negara kepada pengurusan Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya (SKPJ) membantah ibadah korban yang dilakukan di dalam sekolah berkenaan melanggar garis panduan kementerian..

Pada mulanya panggilan si Saravanan ini dijawab oleh kerani sekolah sebelum dihubungkan untuk berbicara dengan Guru Besar sekolah itu.

si Saravanan ni pulak nak tunjuk lagak dengan penjawat awam seorang guru dengan alasan sekolah berkenaan mengamalkan ‘double-standard’ dengan menyembelih lembu dalam kawasan sekolah.

Dakwa si Saravanan, pihak sekolah tidak menjaga sentinmen penganut-penganut Hindu apabila melaksanakan majlis korban itu.
Ibadah Qurban bukan perkara baru sedangkan ia sudah pun dilaksanakan di sekolah sejak bertahun-tahun lamanya, beginilah bila ada kehendak mereka diberi muka mereka bertindak melampau sehingga sanggup mempertikaikan amalan suci agama Islam yang kita anuti sejak sekian lama.

Guru besar SKPJ turut menjelaskan bahawa ada pekeliling yang menyatakan boleh ibadah itu dilaksanakan di sekolah demi untuk mendidik murid-murid akan hikmah dan kepentingan ibadah Qurban dalam Islam.

Menurut guru besar, para pelajar bukan Islam terutamanya India tidak dibenarkan melihat upacara penyembelihan itu kerana menghormati sensitiviti mereka, namun Saravanan dari luar negara tetap tidak berpuas hati.

Beliau yang enggan mendengar penjelasan, lantas membuat soalan provokasi yang bermaksud, “Bolehkah orang Cina datang ke sekolah dan kemudian menyembelih babi?” katanya dalam panggilan telefon itu.

Beginilah kalau sudah ada sesetengah pihak diberi ruang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka atas nama kebebasan bersuara, ramailah mereka yang bercita-cita menjadi hero akan muncul, antaranya Saravanan.

-sumber

Thursday, 17 October 2013

PANAS!!!! Siapa Lebih LANGSI ???? #PemilihanUMNO Kes NKP

Menurut sumber,

Kes keputusan Naib Ketua Pemuda UMNO terus menyelubungi pagi Aidil Adha 70,000 perwakilan pemuda.

Kedua-dua penyokong berantakan dan mula menyerang satu sama lain, hanya kerana satu sebab. Sebab pemilihan UMNO 2013 yang pertama kali menggunakan sistem 'Electoral College' diuruskan oleh JK Pemilihan yang kurang bijak tapi berlagak konon hanya 5 peratus masalah sahaja akan timbul.

Difahamkan ketika wakil Khairul Azwan menghantar surat bantahan, TS Tajol Rosli mengakui bahawa pihak ibu pejabat UMNO ada beberapa kelemahan. Antaranya kekurangan kakitangan untuk dihantar bagi memantau proses pengundian.

Jadi mereka (JK Pemilihan) menerima apa saja keputusan dihantar kepada ibu pejabat melalui online dan panggilan telefon.

Pendek kata kalau hantar laporan mengatakan kambing menang sebagai pengerusi syarikat Abdul Rauf Sdn Bhd mereka hanya menerima tanpa membuat sebarang semakan pengesahan terhadap laporan tersebut.

Itu satu hal, selepas itu mereka (JK Pemilihan) kata jika ada bukti calon A menang di bahagian B sila serah bukti kepada mereka. Aduhai, jika wakil calon yang serah bukti bukankah ia bakal menimbulkan rasa tidak puas hati kepada calon B.

Kenapa tidak mereka yang turun, semak, periksa dan buat pengesahan bahagian B calon A atau B yang menang. Barulah ia memuaskan hati kedua-dua pihak yang bertanding!

Benda mudah macam ini JK Pemilihan tak boleh fikir?

Disebabkan JK Pemilihan gemar bermain sukan tarik tali, maka terpaksalah dedahkan senarai 76 bahagian yang dimenangi oleh Khairul Azwan sebagaimana disahkan wakil calon yang berada di setiap bahagian pada hari pemilihan.

Senarai 76 bahagian yang dimenangi Khairul Azwan di atas adalah keputusan awal, namun sebaik sahaja sampai di ibu pejabat. Keputusan bagi bahagian Bachok dan Kampar dikatakan dimenangi oleh Jamawi Jaafar maka keputusan yang dikeluarkan adalah 76 - 2 = 74 seperti tertera dalam kertas keputusan awal di bawah.

Apa yang meragukan adalah JK Pemilihan mengumumkan jumlah yang dimenangi oleh kedua-dua calon adalah 73 tidak termasuk keputusan di Gelang Patah dan Pensiangan.

Jika JK Pemilihan mahu guna pakai keputusan Gelang Patah dan Pensingan, satu keputusan seri juga yang diperolehi iaitu 74-74 mahu atau tidak undi popular tetap digunapakai. (Sistem yang dikutuk UMNO kerana ia diperjuangkan Anwar Ibrahim selepas PRU13 tempoh hari)

Kenapa tidak diumumkan saja Jamawi Jaafar menang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tempoh hari, berdasarkan undi popular yang diperolehi Jamawi Jaafar dari 73 bahagian sebanyak 19,497 mengalahkan Khairul Azwan yang hanya memperolehi undi sebanyak 16,953.

Sebab jumlah undi sudah ada pada JK Pemilihan, kenapa perlu ditunggu selepas Aidil Adha dan ketika wakil calon menyerahkan bantahan. TS Tajol mengatakan keputusan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda akan diselesaikan sebaik sahaja selesai pemilihan di peringkat majlis tertinggi.

Pulak dah, kena tunggu lagi - jika di peringkat sayap pun tidak selesai, apa akan jadi di peringkat tertinggi nanti?

Gara-gara kebodohan JK Pemilihan sistem yang bagus hasil pindaan perlembagaan dilihat berantakkan.

Jika JK Pemilihan umum tempoh hari penyokong kedua-dua belah tidak bergaduh, tidak menyerang calon dengan seorang  dilabel 'anak kampung' seorang lagi dikatakan 'bangsawan' dan 'korporat'. Penyokong kedua-dua pihak dapat menjalankan ibadah korban tanpa diselubungi misteri 74-71, 73-73.

Semua orang dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram serta fokus kepada Pilihan Raya Kecil Sg. Limau!

Sebab JK Pemilihan nak main tarik tali, sekarang cabaran saya kepada JK Pemilihan keluarkan senarai yang ada supaya kedua-dua calon dan penyokong mereka membuat penilaian sekaligus menyelesaikan pertelingkahan ini!

-Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...