MENDOMINASI RUANG SIBER DEMI PERJUANGAN BANGSA

Tuesday, 26 March 2013

TERKINI: Siapa Dari Sabah Kirim Wang Pada Pengganas Sulu Di Filipina???... #LahadDatu

LAHAD DATU – Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.

Beliau berkata, perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.

"Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.

Tanpa menjelaskan bilangan individu yang terlibat dan amaun yang dihantar, Khalid berkata nilai wang yang dihantar tidak penting kerana tindakan undang-undang tetap sama jika tujuannya membantu musuh negara.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata, seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan.

Beliau berkata, 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.

Dalam pada itu, Khalid berkata, 20 ketua keluarga dari Kampung Tanduo telah dibawa masuk ke perkampungan terbabit pagi ini bersama pegawai dari Pejabat Daerah Lahad Datu bagi membolehkan mereka melawat rumah dan harta benda masing-masing.

Ini adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara serta Majlis Daerah Lahad Datu, dan dibantu Majlis Keselamatan Negeri bagi menilai kerosakan dan jumlah ganti rugi yang perlu diberikan.

Berhubung seorang pengganas Sulu yang menyerah diri di kawasan Kampung Tanjung Batu petang semalam, Khalid berkata keadaan fizikal militan itu yang lesu setelah 15 hari tidak menjamah makanan adalah gambaran kepada keadaan yang dialami saki-baki pengganas yang bersembunyi di kampung terbabit.

"Jadi kita harap pengganas lain yang berada di dalam semak dan paya berhampiran supaya turut berbuat demikian kerana sudah ketiadaan bekalan makanan selain kehilangan arah berikutan pemerintah tentera mereka telah ditangkap," katanya. – BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Subhanallah!!! Dr Uthman El-Muhammady Meninggal Dunia Ketika Sedang Membaca... Al-Fatihah

Negara kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia ketika sedang membaca di kediamannya di ISTAC, Taman Duta.

Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.

Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.

Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.

Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.

Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 25 March 2013

[Gempar!!!] Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amir Bahar Sempat Main Facebook Sebelum Ditangkap!!!...

MENGEJUTKAN… dalam dok godek-godek facebook cari cerita mengenai Jamalul Kiram, tetiba terjumpa satu profail dengan nama Datu Amir Bahar Hushin Kiram.

Orang yang sama ditangkap dalam hutan paya di Semporna pagi Sabtu 23 Mac lalu.

Yang lawak adalah orang yang disifatkan sebagai 'Menteri Pertahanan Sulu' ini masih lagi main facebook sehingga 15 Mac lalu.

Dengan tertangkapnya Amir Bahar ia merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan kita dalam Ops Daulat.

Dipercayai selama ini dia bersembunyi di Semporna dan tidak berada di Kampong Tandou di mana berlaku pertempuran berdarah 1 Mac.

Manakala kejadian serang hendap yang akibatkan enam anggota polis terbunuh di Kampong Sri Jaya Siminul,Semporna pada 2 Mac dikatakan ada kaitan dengannya.

Dari facebooknya dipercayai Amir Bahar mengikuti perkembangan isu pencerobohan mereka dan Ops Daulat menerusi internet.

Pada posting terakhir 15 Mac dia mengkongsikan sebuah pautan dalam satu portal berita yang menyiarkan kenyataan Setiausaha Agung PBB Ban Kim Moon minta semua pihak yang terlibat dengan kejadian di Lahad Datu berdialog.

Amir Bahar ditangkap bersama isterinya di satu kawasan paya, pada jam 1.30 pagi Sabtu, polis turut merampas dua beg komputer riba mengandungi tiga telefon bimbit, kad Western Union, kad SIM, jalur lebar, kad memori, fail yang mengandungi dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Kesultanan Sulu, wang RM3,000, satu Brunei dolar, satu Riyal Saudi dan satu Cina yuan.

Jika tinjau gambar pada facebook Amir Bahar ini adalah beberapa keping yang dimuat naik pada 5 Febuari lalu, tunjuk seolah-oleh ada breafing yang dibuat oleh Datu Amir Bahar Hushin Kiram ini pada sekumpulan lelaki.

Untuk rekod, puak yang dakwa 'tentera kesultanan Sulu' ini mula ceroboh Kampung Tandou Lahad Datu pada 9 Febuari dan dilaporkan kepada pihak berkuasa 12 Febuari.

Selain gambar baik punya dok breafing itu, ada juga gambar macam bekalan logistik baru sampai, selain gambar Datu Amirbahar Hushin Kiram bersama-sama dengan Jamalul Kiram dan Azimuddin Kiram.

Mereka tengah mengaminkan doa yang dibawa oleh orang lain.

Ada juga gambar ayah pada Amir Bahar, Ismail Kiram, seorang ahli perniagaan bersama beberapa tokoh politik Filipina termasuk bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo.

Kerajaan Filipina sebelum ini mengaitkan bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan kerajaan Arroyo sebagai antara individu yang disiasat berikutan pencerobohan Lahad Datu.

Facebook yang hanya mempunyai 182 orang kenalan itu rata-rata adalah keturunan Kiram, dan dari semakan yang dibuat, ada juga yang tulis menetap di Kuala Lumpur dengan nama Datu Amir Ali Kiram.

Tidak banyak kemaskini di dalam profail tersebut, kecuali gambar-gambar, dan beberapa kenyataan pro penceroboh termasuk desak kuasa-kuasa asing ambik tindakan terhadap kerajaan Malaysia pada 5 Mac lalu.

Amir Bahar yang dicekup bersama isterinya baru-baru ini mungkin boleh rungkai apa sebenarnya yang terjadi disebalik kejadian pencerobohan Lahad Datu. Sama-sama kita tunggu…

Sementara itu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik sumber melaporkan Amir Bahar dan Azimuddin adalah antara beberapa orang yang dicari oleh polis sebelum serangan berdarah yang mengorbankan enam anggota polis termasuk penguasa penguasa dan pembantu di Kampung Sri Jaya Siminul pada 2 Mac.

Selain dari Amir, pasukan keselamatan telah mencari Azimuddin dan seorang lagi bernama Alianapiah, tetapi lelaki telah melarikan diri dari kampung.

Sumber berkata polis teruk memperhebatkan gerakan memburu Alianapiah, yang dipercayai masih di negeri ini.

Jamalul, Esmail, Alianapiah dan Azimuddin adalah antara enam saudara keluarga Kiram yang mendakwa mereka adalah keluarga pemerintah kesultanan Sulu.

Esmail,yang berkelulusan doktor falsafah dan dikatakan yang paling terpelajar di kalangan adik-adiknya, kali terakhir dilaporkan berada di Sabah pada November tahun lepas.

Difahamkan bahawa tiga orang lain, yang hanya dikenali sebagai Haji Kiram, Haji Kaluang dan Aidani, turut diburu ekoran pembabitan dalam pencerobohan Lahad Datu.

Haji Kiram dikatakan telah sebelum ini tinggal di Sandakan dan dikatakan mempunyai seorang anak perempuan yang berkahwin dengan kakitangan kerajaan.

Haji Kaluang, ahli "Majic 8″ komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), didakwa salah satu pembiaya pencerobohan.

Orang ketiga, Aidani, yang merupakan penduduk Semporna, berperanan sebagai penjaga senjata api dan dikatakan telah menyimpan senjata api di lokasi rahsia di Semporna."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bukti PAS & PKR akan berkubur !!!

Terbukti bahawa PAS & PKR akan berkubur selama-lamanya selepas PRU 13 nanti. Cuba perhatikan gambar diatas. Dimanakah bendera PAS & PKR ini dipasang ? Sebelum kalian semua menjawab, biar Black beritahu. Bendera PAS dan PKR ini dipasang di pagar Tanah Perkuburan di Kampung Permatang dalam DUN Pasir Panjang. Belum pilihanraya lagi dah mengaku akan dikuburkan selama-lamanya.
Wakil rakyat DUN Pasir Panjang yang sediada, Nizar Lambai juga akan dikuburkan. Bukan buat kerja untuk menjaga rakyat di Pasir Panjang.

Selanjutnya ~> http://mynameblackpanther.blogspot.com/2013/03/bukti-pas-pkr-akan-berkubur_25.html?m=1


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Airmata Kebanggaan, Kesayuan Iringi Sambutan Hari Polis Ke- 206... @tunfaisal #OpsDaulat #ESSCOM #PahlawanKu

Hari Polis ke-206 hari ini disambut dalam suasana kesayuan tetapi penuh patriotik.

Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah, mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.

Kesedihan jelas terpancar di wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau menyampaikan kenaikan pangkat itu kepada anak tunggal DSP Michael Padel yang memakai baju kemeja dan berseluar hitam tanda masih berkabung atas kematian bapanya.
   
Kelapan-lapan pegawai dan anggota yang gugur itu mendapat kenaikan pangkat secara Medan Posthumous.
   
Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52; Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.

Sambutan Hari Polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bermula 8.30 pagi dengan perbarisan lintas hormat.

Perbarisan itu turut disertai 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat. Mereka diterbangkan khas dari Sabah untuk sambutan Hari Polis itu.

Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Sambutan Hari Polis, yang bertemakan 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami' itu antara lain mengetengahkan revolusi kepolisan negara sejak zaman Kesultanan Melayu hingga kepada usaha pasukan keselamatan itu ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia.

Tiga era perkhidmatan PDRM itu ialah dari zaman Kesultanan Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan; pasukan polis di zaman pasca merdeka sehingga era komunis; dan menuju era kepolisan bertaraf antarabangsa.

Pada sambutan kali ini buat pertama kalinya, pasukan polis mempersembahkan lagu tema perbarisan sempena sambutan Hari Polis.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 24 March 2013

Panas!!! Empat Mayat Termasuk Dua Kanak-Kanak Ditemui Dalam Kejadian Berbalas Tembak Di Lahad Datu!!!!....

Empat mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, Ahad.

Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu.

"Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.

"Pasukan keselamatan kemudiannya melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati ditembak," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini, Ahad.

Zulkifeli berkata mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Tiada pengenalan diri ditemui.

Beliau berkata hasil penggeledahan, pasukan keselamatan menemui seorang lagi kanak-kanak lelaki yang cedera, juga tiada pengenalan diri dan dia diterbangkan ke Hospital Sandakan untuk rawatan.

Pasukan keselamatan turut menemui sejumlah bekalan makanan yang dipercayai dikumpul di rumah berkenaan, katanya.

Zulkifeli berkata kesemua mayat itu dibawa keluar dari lokasi pertempuran, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan sehingga kini 42.

Beliau berkata militan pengganas yang semakin terdesak kini bergerak dalam kumpulan kecil dan mengaplikasikan 'Small Unit Tactic', iaitu cuba mendatangkan seberapa banyak mungkin kecederaan kepada pasukan keselamatan yang menjejaki pergerakan mereka.

"Daripada pertempuran yang dialami, kami dapati Modus Operandi musuh ialah apabila bertempur mereka akan membawa pasukan keselamatan ke satu kawasan di mana penembak tepat mereka dapat melepaskan tembakan.

"Selepas bertempur di situ, mereka kemudiannya berundur dan memasuki kawasan rumah yang telah dikenal pasti untuk bertahan dan bertempur semula sebelum bertindak membakar rumah itu dan rumah berdekatan sekiranya tidak lagi mampu bertahan," katanya.

Beliau berkata taktik melengahkan pergerakan anggota keselamatan itu diteruskan dengan militan berundur ke kawasan paya berdekatan yang telah dikenal pasti sebelum menggempur pasukan keselamatan yang menghampirinya.

Zulkifeli yang yakin semua penembak tepat musuh berjaya ditembak mati dalam pertempuran sebelum 20 Mac, berkata taktik yang diguna musuh sekarang ini memerlukan pasukan keselamatan lebih berhati-hati.

"Sejak pertempuran pada 20 Mac pasukan keselamatan tidak lagi mendapat tentangan daripada penembak tepat musuh dan kami yakin kumpulan 'sniper' pengganas telah dapat ditewaskan kerana kebelakangan ini tidak ada lagi ancaman daripada kumpulan penembak tepat itu," katanya. – BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MAJLIS RAMAH MESRA MASYARAKAT INDIA BUKIT GANTANG @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own

Majlis ramah mesra Menteri Besar bersama masyarakat India di Parlimen Bukit Gantang dihadiri hampir 3 ribu masyarakat itu di Taman Kaya Taiping.

Turut hadir dalam program beberapa pemimpin parti komponen kawasan Bukit Gantang dan speaker Dewan Undangan Negeri YB Datuk R. Ganesan

Dalam ucapan alu aluan daripada Datuk Veerasinggam selaku penasihat YAB Menteri Besar, beliau mengatakan bahawa semasa Pilihanraya Kecil Bukit Gantang tak berapa lama dahulu, Menteri Besar Perak telah berjanji untuk membina sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan YAB Menteri Besar telah meluluskan tanah seluas 3.5 ekar untuk pembinaan tersebut.

Beliau juga bertanya, semasa pemerintahan Bekas Menteri Besar Pakatan Pembangkang selama 11 bulan, apakah ada perjuangan untuk kaum india semasa itu? Dan beliau mengatakan juga bahawa kebajikan kaum India di Taiping terabai dan terbiar.

Datuk Haji Rosli ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang pula berkata, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Perak kerana tidak jemu jemu untuk datang ke parlimen Bukit Gantang.

Beliau juga mengatakan bahawa hari ini jelas memperlihatkan penyatuan diantara semua jentera dan beliau yakin bahawa Parlimen Bukit Gantang dan DUN DUN yang ada di kawasan Bukit Gantang akan dimenangi oleh Barisan Nasional.

Dalam ucapan perasmian YAB Menteri Besar, beliau mengatakan bahawa hujan yang turun pada hari ini adalah hujan rahmat.

Dan beliau mengharapkan akan ada berita baik untuk rakyat di Bukit Gantang.

Beliau mengatakan bahawa hari ini ada satu majlis perasmian di Taiping oleh pembangkang dan didalam program tersebut, mereka telah menggelar Menteri Besar Perak sebagai Menteri Besar haram jadah, dan Menteri Besar Perak mengatakan biarlah apa mereka nak kata, tapi kita tetap akan berkhidmat untu rakyat.

Menteri Besar meminta supaya semua yang hadir untuk membacakan al-fatihah bagi yang Islam dan bagi bukan Islam pula diminta untuk bertafakur seketika untuk para pejuang yang terkorban di Lahad Datu.

Sebagai seorang pemimpin sepatutnya pembangkang tidak melaga lagakan masyarakat, tetapi mereka kini melagakan rakyat dengan kerajaan dengan mengatakan bahawa konflik di Lahad Datu adalah konspirasi UMNO dan ini dilihat sebagai satu fitnah untuk memburukkan kerajaan dan menimbulkan rasa marah rakyat kepada kerajaan.

Pada petang ini, Menteri Besar Perak berkata bahawa beliau datang untuk menepati janji kerajaan yang mana kerajaan akan melihat kepada keperluan rakyat dalam memberikan yang terbaik kepada kerajaan.

Diakhir ucapan, Menteri Besar mengucapkan terima kasih kepada semua jentera yang hadir dan beliau memohon kepada semua untuk menyokong Barisan Nasional.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...