MENDOMINASI RUANG SIBER DEMI PERJUANGAN BANGSA

Sunday 21 April 2013

Lensa Niring : Kehadiran TPM Ke Kg Nelayan Mengembirakan Penduduk Muar #P146... @razaliibrahim @tunfaisal @P146muar

Pagi tadi bertempat Kampung Sri Pantai, Jalan Junid, Muar penuh dengan penduduk kampung dan masyarakat setempat yang hadir untuk memberi sokongan dengan kehadiran TPM bertemu rakyat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 20 April 2013

Parti Keadilan Rakyat Lumut dibubarkan ??? @Azwanbro @Hairul_own @AnwarIbrahim

Diberitakan malam ini bahawa Parti Keadilan Rakyat Cabang Lumut telah dibubarkan. Ini adalah kerana calon yang dicalonkan oleh Anwar Ibrahim iaitu Sdr Saifullah Zulkifli tidak memenuhi kehendak penyokong PKR...Ketua cabang PKR Lumut En, Shanmugan dengan rasminya membubarkan PKR Parlimen Lumut. Memang patut bubar pun.. PARTI KENCING RAKYAT.

Black Panther


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

UPDATE : Dari Majlis Perbandaran Manjung. Borang Pencalonan @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Hairul_own @Shahril_yahaya

Hari ini merupakan penamaan calon bagi seluruh Malaysia. Tidak ketinggalan di Parlimen Lumut. Semua calon telah berada di dalam dewan penamaan calon di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung. YAB MB Perak Dr Zambry Abd Kadir juga telah masuk ke dalam dewan untuk menghantar borang pencalonan.

Barisan Nasional membawa kira-kira 6000 penyokong, manakala Pakatan Pembangkang membawa kira-kira 2000 orang.

Kepada semua calon selamat bertanding dalam PRU 13.

Black Panther


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@MbNizar bertanding DUN Pasir Panjang ???

Nizar Jamaluddin nak bertanding di DUN Pasir Panjang ??
Black mendapat SMS dan MMS dari seorang sahabat yang mengambil gambar melalui telefon bimbit beliau. Sahabat Black meronda kawasan malam semalam. Beliau terlihat satu banner yang tertulis " KAMI MAHU DS NIZAR BERTANDING DI DUN PASIR PANJANG " . Adakah dalam PAS sendiri sudah ada yang tidak mahu Pn Rohawati Abidin bertanding di Pasir Panjang. Sudah pasti juak pembangkang akan kata ini semua perbuatan UMNO.. Apa jua yang berlaku di dunia ini pasti akan dikata " INI SEMUA KERJA UMNO". Letupan di Boston juga kerja UMNO.

Fikir-fikirkanlah..

Black Panther


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 19 April 2013

Pemuda UMNO buat apa ni??? @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Hairul_own @Shahril_yahaya

Apa yang dibuat ni ?? Oooo...Pelancaran Jentera Gerak Gempur Bermotor PRU 13 Pemuda UMNO Lumut.
Seramai 500 pemuda bermotor hadir untuk bersama-sama dalam majlis pelancaran ini. Turut hadir dalam pelancaran ini ialah YB Kong Choo Ha, calon Parlimen Lumut, En Rashidi Ibrahim dan En Ting Tai Fook.
Beberapa NGO turut bersama dan berjanji akan bersama menyokong calon BN dalam memenangi PRU 13 seluruh DUN dan Parlimen Lumut.
Tahniah Pemuda UMNO Lumut yang diterajui Sdr Mohd Shahril Yahaya kerana berjaya melaksanakan program ini..
Tahniah sekali lagi kepada seluruh jentera Pemuda UMNO dan komponen BN.

Black Panther


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

DUN Pasir Panjang Ada Calon dari Parti Cap Pokok !!! @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Hairul_own @Shahril_yahaya

Meriah pilihanraya kali ini di DUN Pasir Panjang. Nampaknya pertandingan 3 penjuru.

BN diwakili oleh En Rashidi Ibrahim , Pakatan Pembangkang diwakili Pn Rohawati Abidin dan satu calon bebas En S.P. Vijayan. Pasti meriah.

Tapi yang menghairankan, poster S.P. Vijayan yang meletakkan logo CAP POKOK terdapat di DUN Sitiawan. Tulis bertanding di DUN Pasir Panjang, tapi poster sudah digantung di DUN Sitiawan. Nak bertanding dimana sebenarnya ni?? Adakah nak bertanding di kedua-dua DUN ??

Selamat bertanding kepada ketiga-tiga calon..

Black Panther


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday 18 April 2013

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Sempena Penamaan Calon @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Hairul_own @Shahril_yahaya

Majlis Bacaan Yassin dan solat hajat sempena penamaan calon di Bangunan UMNO Lumut. Turut hadir Yg Bhg Timbalan Ketua Bahagian, AJK UMNO 4 Peringkat dan ahli UMNO.

Black Panther


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sepetang bersama DS Kong dan Encik Rashidi Ibrahim @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Hairul_own @Shahril_yahaya

Majlis penyerahan wang sumbangan program keselamatan dan kesejahteraan nelayan bagi nelayan Sg Tiram\ Parit Hj Dollah & Kayan di Lead View Hotel Lumut jam 3 ptg 18 apr 2013.

Terima kasih.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wujudnya Perkampungan Pengkhianat ??? @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Hairul_own @Shahril_yahaya

Hari ini Black mendapat panggilan dari Ketua Kampung, Kampong Tersusun Batu 7 Lekir. Beliau menyatakan bahawa terdapat pintu gerbang yang dibina di dalam kampung tersebut tertulis " SELAMAT DATANG KE PERKAMPUNGAN PAKATAN RAKYAT". Yang menghairankan Blacksejak bila pulak ada ada kampung seperti yang tertera. Laporan polis telah dibuat oleh ketua kampung dan beberapa penduduk.
Setahu Black, kawasan ini diduduki oleh golongan pesara kakitangan kerajaan rang tidak berpuashati dengan kerajaan. Ini membuktikan bahawa masih ada kakitangan kerajaan yang masih berkhidmat menjadi pembekal maklumat kepada pembangkang.


My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

Wednesday 17 April 2013

SENARAI PENUH CALON SELESAI- @AnwarIbrahim

Huh! Mungkin Si Ketua Penipu ni duduk dialam dia sendiri kot. Tu pasal la dia boleh buat kesimpulan sedemikian sedangkang hakikatnya tak sedemikian rupa.

Bagaimana mungkin Si Ketua Penipu tu boleh buat konklusi tersebut walhal diperingkat Negeri masih berkumandang protes - protes secara terang - terangan?

Tengok apa yang berlaku di Pahang. Sampai hari ini, PKR Negeri masih tak puas hati dengan tindakan DAPigs yang telah merampas kerusi di Parlimen Bentong.

Sehingga kini, masih belum ditemui sebarang jalan penyelesaian bagi perkara tersebut. PKR Pahang masih lagi beranggapan bahawa DAPigs telah merampas hak mereka.

Begitu juga di Bera dimana PAS mendakwa PKR tidak sepatutnya bertanding dikawasan tersebut kerana ianya tidak termasuk dalam perbincangan.

PAS Bera mendakwa pencalonan yang dibuat oleh PKR sebagai tidak wajar dan mereka mahukan pemimpin tempatan menjadi calon dalam PRU akan datang.

Tu baru cerita pasal kerusi Parlimen. Kalau cerita pasal kerusi Dewan Undangan Negeri pun lebih kurang macam tu jugak. Lagi teruk dari apa yang kita jangka.

Malah, kemelut pembahagian kerusi di Kuantan masih belum lagi selesai. DAPigs katanya tetap akan bertanding tiga penjuru di DUN Semambu dan Teruntum.

Jadi, memang nampak sangat la yang Si Ketua Penipu tu bercakap bukan berdasarkan apa yang berlaku diperingkat akar umbi. Sudah la dia hina pemimpin tempatan. Sekarang nak menipu rakyat pulak? Agak - agak la woi!!!


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat telah menyelesaikan kebanyakan isu pengagihan kerusi antara tiga parti komponen setelah PAS, PKR dan DAP bertelagah beberapa kali di peringkat negeri kerana merebut kerusi.
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyelesaian yang dicapai pada mesyuarat tertinggi pembangkang sejak tengah hari tadi, kini menantikan pengesahan oleh pihak berkenaan. 
 
"Mesyuarat tadi bagus...kita selesai banyak negeri, cuma pengumuman itu lepas pengesahan kerana tandatangan itu belum. Jadi kita kena tunggu pengesahan tandatangan," kata beliau kepada wartawan. 
 
Hari penamaan calon adalah pada Sabtu ini. Sejak dua minggu lalu, pembangkang terpaksa menangani akar umbi di negeri-negeri yang tidak puas hati dengan calon yang diputuskan di peringkat nasional.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 16 April 2013

Baru jadi Ketua Cawangan Pas dah pandai keluar fatwa !!!! @zambryabdkadir @azwanbro @hairul_own @shahril_yahaya

Tengahari tadi Black dapat satu mesej dari seorang sahabat dari Pangkor. Beliau adalah seorang guru berkelulusan agama di universiti di Mesir, sekarang bertugas di Pangkor telah menghantar mesej berbentuk SMS kepada Black. Black terkejut membaca mesej tersebut. Dibawah ini adalah salinan mesej yang tidak diubah walaupun satu huruf:

Salam tuan..hari yg amat brsejarah..saya telah d tuduh oleh ketua pas pangkor bahawa saya xda iman dan xda islam hanya krn sokong dan dokong umno..dan saya telah d suruh agar mandi sunat taubat dan mengucap semula d hadapan tok imam umar dan isytihar keluar umno dan BN..tahniah buat ahli Pas sbb boleh tau org ada iman atau xda..xda ima dan xda islam..kafir la tu..mengucap panjang saya tuan.."

Inilah akibat ajaran Nik Aziz dan Hadi Awang yang membenarkan orang PAS mengkafirkan orang yang menyokong UMNO dan BN.
Fikir-fikir lah yang mana baik dan yang mana buruk.

Black Panther


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 15 April 2013

Demonstrasi Bangkang Dari Longkang oleh @NgehKooHam c.c @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Hairul_own

Jam 1 tengahari tadi Ngeh, Cikgu Razak dan konco-konco DAP membuat satu demonstrasi. Demonstrasi Dari Longkang oleh Ngeh Koo Ham. Nak mintak jejantas pejalan kaki di hadapan Sekolah Menengah Nan Hwa.
Untuk pengetahuan masyarakat semua, kemudahan jejantas pejalan kaki telah dibina berhampiran dengan sekolah ini iaitu dihadapan Sekolah ACS, Sitiawan. Sekolah ACS ini adalah disebelah sekolah ini. Jejantas yang sediaada tidak jauh..tidak samapai 100 meter..takkan nak buat lagi..
Lagi satu, 99% pelajar sekolah ini adalah anak-anak orang kaya yang sentiasa diambil dan dihantar oleh ibubapa hingga ke pagar sekolah dan diambil semula juga dihadapan pagar sekolah.
Difikirkan dari pandangan Black sendiri, keperluan membina jejantas ini adalah tidak perlu. Sebabnya :
1. Jejantas sediada tidak jauh dari sekolah. Hanya lebih kurang 100 meter.
2. Pelajar sekolah ini 99% anak orang kaya. Sentiasa dihantar dan dijemput oleh ibubapa.

Sebagai ADUN Sitiawan, merangkap ahli Parlimen Beruas seharusnya Ngeh lebih peka. Dah nak pilihanraya baru nak buka cerita. Dah 5 tahun berlalu. Nampak sangat Ngeh inginkan simpati dari rakyat Sitiawan, sedangkan tanggungjawab Ngeh sebagai ADUN tidak pernah dilakukan. Macam inikah wakil rakyat yang dipilh oleh pengundi Sitiawan?
Inilah dikatakan BANGKANG DARI LONGKANG.

Black Panther


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 14 April 2013

Murid Miskin dan Yatim Piatu terabai.. @mbnizar tak pernah bantu!! @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Hairul_own @Sharil_yahaya

Selama 5 tahun menjadi ADUN Pasir Panjang, Nizar Lambai tidak pernah membantu anak-anak yatim piatu dan anak keluarga miskin dalam menjalani alam persekolahan. ADUN yang tidak pernah ambil tahu masalah rakyat. Yang die tahu hanya berceramah sahaja. "Rakyat memang terpinggir, rakyat memang tertinggal". Ini yang terjadi di Pasir Panjang.
Alhamdulliah satu program dijalankan iaitu Majlis Penyampaian Sumbangan Murid Miskin Sekolah Rendah DUN Pasir Panjang
anjuran KSK Sitiawan dengan kerjasama Mimbar permuafakatan Ibubapa Malaysia Daerah Manjung (MAPIM) bertempat diSek Men Keb Ahmad Boestamam
En Rashidi Bin Ibrahim merupakan Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi KSK Sitiawan dengan kerjasama MAPIM membuat satu tindakan untuk membantu anak-anak ini.Kehadiran tetamu serta anak-anak seramai 1000 orang.
Tn Hj Hafiz -Pengerusi MAPIM dan Sdr Mohd Shahril Ketua Pemuda UMNO Lumut bersama menyaksikan program ini. Turut hadir Tn Hj Mohd Soot Pegawai PPD Daerah Manjung amat berbesarhati dengan keperihatinan KSK Sitiawan dan MAPIM.Beliau menceritakan bahawa kesusahan beliau dizaman lalu amat perit hingga terpaksa memakai kasut yang bocor ke sekolah. Demi ilmu, perjuang harus diteruskan. Beliau juga mengumumkan bahawa satu ASRAMA PENUH akan dibina di Manjung.

Rashidi menyatakan bantuan ini adalah untuk meringankan beban keluarga. Penerima bantuan ini adalah dari anak yatim dan keluarga miskin. Ianya adalah sumbangan dari kerajaan untuk membantu rakyat. Beliau tidak mahu kemiskinan diwarisi kepada anak-anak. Kejayaan adalah hasil dari pendidikan. Sumbangan ini berupa kelengkapan sekolah dan sedikit sumbangan kewangan.

Black Panther


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...